Role Playing Adventure : Lone Wolf Series

Salam kepada pengunjung,


Untuk post rasmi saya yang pertama, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang karya penulisan "joe dever" penulis kegemaran saya iaitu "lone wolf". Kali pertama saya baca buku ni adalah masa saya berumur 13 tahun, dalam 12 tahun yang lepas dan buku pertama beliau yang saya baca adalah "lone wolf: lari dari kegelapan". Untuk pengetahuan semua buku ini adalah berbentuk "game book" dan mempunyai siri sehingga ke siri 28 sekarang. Buku ini juga diterbitkan dalam pelbagai bahasa, dan Bahasa Malaysia adalah salah satu bahasa daripadanya. Dalam versi asalnya buku ini bertajuk "flight from the dark"

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang berasal daripada golongan sami yang mana di dalam buku ini ia dikenali sebarang golongan "kai". Pada awal permulaan buku ini, seorang lelaki sami muda yang bernama "silent wolf" telah didenda oleh organisasinya dan diperintah untuk masuk ke hutan mencari kayu api. Sepeninggalannya, perkampungan "kai" telah diserang oleh pihak "darklands" dan membunuh semua penduduk di perkampungan itu. Apabila dia pulang ke perkampungannya dia dapati perkampungan itu telah musnah dan tiada sesiapa pun yang terselamat. Dengan perasaan dendam, dia telah menukar namanya kepada "lone wolf" dan keluar mengembara menuju ke "holmgard" untuk memberi perkabaran kepada "king Ulnar" tentang kejadian yang telah menimpa kaum "kai".

Sehingga kini "Joe Dever" telah menulis hingga ke siri yang ke 28, dan siri yang ke 29 bertajuk "The storms of Chai" akan diterbitkan pertengahan tahun 2009 ini. Antara lain siri-siri buku ini adalah,

Siri ke dua - Lone Wolf : Fire on The Water

Siri ke lima - Lone Wolf : Shadow on The Sand

Siri ke tujuh - Lone Wolf : Castle Death

Siri ke sebelas - Lone Wolf : The Prisoner of time

Siri ke dua puluh - Lone Wolf : The Curse of Naar

Siri cerita ini amat menakjubkan dan penuh dengan pengembaraan yang penuh dengan perkara luar biasa dan ajaib. Jadi pada siapa-siapa yang minat kepada cabaran, siri ini mampu membawa pembaca mengikuti pengembaraan ini kerana dalam siri ini pembaca itu sendiri akan memegang watak sebagai "lone wolf". Jadi saya amat meng"rekemen"lah pada pembaca-pembaca novel di luar sana untuk membaca siri ini. Mesti "korang" akan teruja dengan siri ini. ekekekeke...

^___________^

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Followers