Pejuang "OTAI" suatu ketika dahulu.

Salam,


Bila korang bukak balik buku sejarah form 4, mesti korang akan jumpe bab-bab tertentu yang menceritakan tentang kegemilangan pejuang-pejuang pada suatu ketika masa dahulu. Kebanyakan pejuang2 nih telah banyak berjasa kepada bangsa diorg dan juga telah membawa banyak perubahan pada dunia. Salah sorg daripada geng2 ni ialah,

Alexender The Great

Apa yang "great" sangat pada dia nih, sampai dinobatkan sebagai "the great" ketika zaman pemerintahan dia. Sejarah menyatakan bahawa Alexender nih telah berjaya meluaskan empayarnya dari Giblartat (mana ntah) ke punjab dan die juga telah menjadikan Greek sebuah negara antarabangsa yang amat terkenal.

Salah satu ceritakan yang mengempakkan lagi si Alexender ni ialah bila die telah "membuka" balik ikatan "Gordian knot" yang diikat oleh Lagenda Raja Midas. Mengikut lagenda, sesiapa yang dapat membuka ikatan ini akan menjadi pemerintah seluruh Asia. Apa yang best nyer, si Alexender nih tak pun buka ikatan tu guna tangan ngan jari. Selamba die jer guna pedang potong terus ikatan tuh. Selamba kepala die jer... ekekekeke...

Cerita perang die pun mantap gak, tapi malas ah nk citer panjang sangat. Die ni ada 3 bini bernama, Roxane, Statiera, dan Parysatis. Name Roxane tu best gak bunyi, yang lagi 2 tuh, ntah mana dapat la namanya, pelik kemain bunyinyer. Tapi antara tiga orang bini die ni, Alexender hanya ada satu anak yang betul dari bininya dikenali Alexender VI anaknya bersama Roxane. Tapi dia ade sorg lagi anak bernama Herakles, anak die ngan gundiknya, Barsine (bukan bersin eh..)

Dan menjadi kebiasaan pada masa tu, setiap kematian pemerintah akan mati disebabkan oleh hasad dengki antara mereka sendiri. Alexender mati disebabkan penyakit yang tak dikenali dan ada yang menyatakan penyakit die ni berpunca kerana diracuni oleh orang terdekat dengannya. Siapa? korang cek ler sendiri... ekekekeke..

Okay setakat ni dulu dan kisah ini akan bersambung dalam post yang akan datang... Arigatou ^^

^_______^

Naga : Makhluk Mitos??

Salam semua,


Kali ni saya ingin berkongsi cerita berkenaan salah seekor Makhluk Mitos, iaitu NAGA. Bila sebut jer pasal naga nih, macam-macam persoalan yang timbul di fikiran, antaranya:

  • Naga ni betul-betul wujud ke tak?
  • Macam mana rupa sebenar naga nih?
  • Makhluk jenis apa naga nih?

Naga ni dikatakan sebagai seekor makhluk mitos lagenda yang muncul dalam pelbagai mitos dan budaya. Dua lagenda naga yang amat popular adalah lagenda naga eropah dan china yang masing-masing dikenali sebagai "oriental dragon" dan "long". Seperti mana yang kita tahu, dalam "english", naga disebut dengan perkataan "dragon" yang berasal daripada perkataan Greek, "drakon" yang membawa maksud sebagai "serpent of a huge size".

Mengikut budaya masing-masing, naga digambarkan dalam pelbagai jenis penampilan,
  • Ada yang menyatakan naga menghembus api, ais ataupun racun.
  • Ada pula yang menyatakan ada naga yang mempunyai kaki sejumlah 2, 4, atau lebih, dan ada juga yang menyatakan tiada.
  • Naga yang bersayap kebiasaanya hanya digambarkan di kebudayaan eropah.
  • Ada pernyataan yang menyatakan naga mempunyai sepasang mata kuning atau merah.
  • Dan yang paling menarik adalah naga dikatakan boleh menunaikan hajat seseorang dan NAGA AMAT BENCI KEPADA CERMIN... ????
Tentang kesahihan akan kewujudan naga ini adalah sangat tidak jelas. Naga-naga ini biasanya digambarkan dalam kesusasteraan mengikut kreativiti sasterawan dan bersesuaian dengan hasil karya mereka.

Lagenda Naga Jepun, Ryu

Lagenda Naga China, Long

Lagenda makhluk mitos ini bukan saja ada kat tempat atau di negara luar, tapi di negara kita pun ada jugak. Mesti korang penah dengarkan citer pasal lagenda naga kat tasik chini. Mengikut lagenda orang asli kat kawasan tu naga kat situ dikenali dengan nama "Naga Seri Gumum". Mereka juga ada menyatakan bahawa di dasar tasik chini ada sebuah bandar yang sudah lama tenggelam dikenali "bandar khmer" yang menjadi jagaan naga tu.

Apa pendapat korang? agak-agak naga ni betul-betul wujud ke atau semata-mata mitos untuk dijadikan sumber hiburan semata-mata.


^_____________^

18SG Cute animation

Salam,

Haaa.... Mesti ada di antara kita sini yang mempunyai minat pada katunkan, dan katun ni pulak ade macam-macam jenis "genre"nya. Ada katun lawak, aksi, "thriller", comel-comel dan seumpamanya. Tapi ni ada satu katun yang saya nk "share" ngan korang seme. Watak-watak dalam katun ni semernya comel-comel... ada arnab, beruang, memerang, tenuk dan banyak lagi.


Tahap ke"cute"tan watak-watak katun boleh dikatakan ter"baek", tapi... haa ada tapi... jangan tertipu dengan kecomelan wataknya sebab di sebalik kecomelan mereka, jalan citer setiap episod katun ni penuh dengan aksi "18 SG"... mmg thriller abis lah. Pecah kepala, tekuar orak, potong kepala, cincang badan sampai lumat, dan banyak lagi aksi-aksi ganasnya. Stok darah-darah x ingat nyer ah...

Setiap episod dia tak lama. Paling2 lama pun ada lah dalam 3 minit je cukup lah untuk wat sesetengah orang tu untuk muntah ijau... ekekekeke... "file" untuk setiap episod ni dalam bentuk flash video (.flv). korang ble search kat youtube kalu nk nak "usha". sini saya ada letak la 2 episod untuk "warm up" sblm korg tgk lagi yg selebihnya... ENJOY !!!!





^____________^

Role Playing Adventure : Lone Wolf Series

Salam kepada pengunjung,


Untuk post rasmi saya yang pertama, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang karya penulisan "joe dever" penulis kegemaran saya iaitu "lone wolf". Kali pertama saya baca buku ni adalah masa saya berumur 13 tahun, dalam 12 tahun yang lepas dan buku pertama beliau yang saya baca adalah "lone wolf: lari dari kegelapan". Untuk pengetahuan semua buku ini adalah berbentuk "game book" dan mempunyai siri sehingga ke siri 28 sekarang. Buku ini juga diterbitkan dalam pelbagai bahasa, dan Bahasa Malaysia adalah salah satu bahasa daripadanya. Dalam versi asalnya buku ini bertajuk "flight from the dark"

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang berasal daripada golongan sami yang mana di dalam buku ini ia dikenali sebarang golongan "kai". Pada awal permulaan buku ini, seorang lelaki sami muda yang bernama "silent wolf" telah didenda oleh organisasinya dan diperintah untuk masuk ke hutan mencari kayu api. Sepeninggalannya, perkampungan "kai" telah diserang oleh pihak "darklands" dan membunuh semua penduduk di perkampungan itu. Apabila dia pulang ke perkampungannya dia dapati perkampungan itu telah musnah dan tiada sesiapa pun yang terselamat. Dengan perasaan dendam, dia telah menukar namanya kepada "lone wolf" dan keluar mengembara menuju ke "holmgard" untuk memberi perkabaran kepada "king Ulnar" tentang kejadian yang telah menimpa kaum "kai".

Sehingga kini "Joe Dever" telah menulis hingga ke siri yang ke 28, dan siri yang ke 29 bertajuk "The storms of Chai" akan diterbitkan pertengahan tahun 2009 ini. Antara lain siri-siri buku ini adalah,

Siri ke dua - Lone Wolf : Fire on The Water

Siri ke lima - Lone Wolf : Shadow on The Sand

Siri ke tujuh - Lone Wolf : Castle Death

Siri ke sebelas - Lone Wolf : The Prisoner of time

Siri ke dua puluh - Lone Wolf : The Curse of Naar

Siri cerita ini amat menakjubkan dan penuh dengan pengembaraan yang penuh dengan perkara luar biasa dan ajaib. Jadi pada siapa-siapa yang minat kepada cabaran, siri ini mampu membawa pembaca mengikuti pengembaraan ini kerana dalam siri ini pembaca itu sendiri akan memegang watak sebagai "lone wolf". Jadi saya amat meng"rekemen"lah pada pembaca-pembaca novel di luar sana untuk membaca siri ini. Mesti "korang" akan teruja dengan siri ini. ekekekeke...

^___________^

Salam Perkenalan


Assalamualaikum,

Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada ALLAH S.W.T kerana memberi peluang kepada saya untuk memiliki blog saya ini. Tanpa keizinanNYA dan ketentuanNYA tak mungkin saya akan berpeluang untuk merasa bagaimana mempunyai blog sendiri ini. Kasih saya yang seterusnya saya tujukan kepada ahli keluarga saya yang telah banyak mendorong saya untuk memulakan blog ini. Ketahuilah bahawasanya saya ini agak malas pada mulanya untuk membuat blog ini. Dan saya juga ingin mengucapkan TERIMA KASIH dan SELAMAT DATANG kepada pengunjung saya telah dan yang sedang melayari blog saya ini. Kehadiran anda semua amatlah saya hargai.

Ada eloknya saya perkenalkan diri saya dulu serba sedikit. Dilahirkan pada 12 December 1984 dan diberi nama Mohd Baihaqi Bin Mohd Adenan dan digelar dengan panggilan "Aki". Hobi saya yang terutamanya adalah "gaming" lebih-lebih lagi "DOTA". ekekekeke.... Saya juga ada minat membaca, dan satu-satunya penulis yang saya minati adalah "Joe Dever" dan karya penulisan dia yang saya minati adalah siri pengembaraan "lone wolf". Amat menarik dan penuh dengan pengembaraan. Antara lain yang menjadi minat saya ialah apa-apa sahaja yang berkenaan dengan negara Jepun termasuklah Anime, Manga, Figura, dan seumpamanya.

Setakat sini dulu untuk "post" perkenalan saya ini dan untuk "post" yang berikutnya saya akan mula bercerita tentang apa sahaja yang menarik untuk dikongsi bersama.

^_____^


About this blog

Followers