Showing posts with label Mythology. Show all posts
Showing posts with label Mythology. Show all posts

6 Makhluk Pelik

Salam,


Seminggu lebih gak dah saya tak update blog nih. Bukannye busy ke ape ker... malas jer... ekekekeke... pape pun kali nih saya ingin berkongsi tentang sekumpulan makhluk pelik yang telah menjadi kajian sejak suatu masa dahulu.

1- The Jersey Devil

Makhluk ni telah mendapat perhatian sejak kemunculan pertamanya sekitar tahun 1735 kat New Jersey. Makhluk ni digambarkan mempunyai kepala berbentuk anjing, berupakan seperti seekor kuda, berleher panjang, mempunyai sepasang sayap sepanjang lebih kurang 2 kaki, dan tapak kakinya seperti kaki kuda. Ketinggiannya dikatakan lebih kurang tiga kaki setengah.

2- Mothman

Makhluk mitos ini muncul selari dengan kemunculan hero Gotham City, Batman. Kemunculan pertamanya adalah pada tahun 1966. Mempunyai ketinggian yang menyamai tinggi manusia iaitu lebih kurang 7 kaki, mempunyai sisik, mata yang merah menyala dan boleh mengawal minda seseorang. Makhluk ini juga dikatakan boleh terbang terus tanpa menggerakkan sayapnya dan boleh terbang sehingga kelajuan 100 batu per jam. Makanan kegemarannya ialah anjing. Jeritannya berbunyi seperti geseran motor elektrik, suka mengejar kereta, boleh menyebabkan gangguan siaran tv dan radio, serta mempunyai kebolehan mengawal fikiran mangsanya.

3- Bunyips

Makhluk pemangsa yang amat menakutkan. Dikatakan wujud di kawasan paya, sungai, dan tasik di negara Australia. Makhluk ini dikatakan akan menyerang dan memakan apa sahaja binatang dan manusia yang mendekati jajahannya. Makanan kegemaran makhluk ini dikatakan amat menggemari daging wanita. Makluk ini digambarkan mempunyai bentuk menyerupai gorila, dan ada yang mengatakan ia juga adalah makhluk separuh manusia separuh "semangat". Ia juga dikatakan mempunyai pelbagai jenis bentuk dan warna yang berbeza-beza.

4- The Loveland Lizard

Kemunculan pertama kali makhluk ini dicatatkan sekitar tahun 1972 di persekitaran Ohio. Makhluk ini digambarkan mempunyai ketinggian antara 3 - 4 kaki, dan beratnya dianggar antara 50 - 75 lbs. Penampilannya menunjukkan ia makhluk yang berupa seperti katak ataupun cicak.

5- Popobawa

Kemunculan pertamanya dikatakan ditemui di sebuah pulau bernama Pemba pada tahun 1972. Ia digambarkan seperti makhluk kenit yang mempunyai sebiji mata ditengah dahi, bertelinga kelawar, bersayap, dan berkuku.

6- The Dover Demon

Kemunculan pertamanya direkodkan di Dover, Massachusetts pada tahun 1977. Gambaran menyatakan makhluk ini mempunyai ketinggian sekitar 4 kaki, berkaki dua, badan yang tidak berkulit dan sangat licin, dan berkepala seperti sebuah tembikai yang saiznya hampir menyamai saiz badannya dan mempunyai sepasang mata yang berwarna oren menyala.

Berdasarkan maklumat ringkas ini, kesimpulan pertama yang boleh dibuat ialah makhluk2 ini tidak wujud di negara kita, Malaysia. Kedua, kewujudan mereka juga belum dapat disahihkan kerana masih tiada bukti kukuh yang mewakili kewujudan mereka. Ketiga, kemungkinan makhluk2 ini adalah rekaan fantasi manusia semata-mata dan yang terakhir, hanya ALLAH sahaja yang tahu sekiranya makhluk ini betul2 wujud atau tidak kerana semuanya bergantung kepada ketentuan-NYA. Amin...


^_____________^

Naga : Makhluk Mitos??

Salam semua,


Kali ni saya ingin berkongsi cerita berkenaan salah seekor Makhluk Mitos, iaitu NAGA. Bila sebut jer pasal naga nih, macam-macam persoalan yang timbul di fikiran, antaranya:

  • Naga ni betul-betul wujud ke tak?
  • Macam mana rupa sebenar naga nih?
  • Makhluk jenis apa naga nih?

Naga ni dikatakan sebagai seekor makhluk mitos lagenda yang muncul dalam pelbagai mitos dan budaya. Dua lagenda naga yang amat popular adalah lagenda naga eropah dan china yang masing-masing dikenali sebagai "oriental dragon" dan "long". Seperti mana yang kita tahu, dalam "english", naga disebut dengan perkataan "dragon" yang berasal daripada perkataan Greek, "drakon" yang membawa maksud sebagai "serpent of a huge size".

Mengikut budaya masing-masing, naga digambarkan dalam pelbagai jenis penampilan,
  • Ada yang menyatakan naga menghembus api, ais ataupun racun.
  • Ada pula yang menyatakan ada naga yang mempunyai kaki sejumlah 2, 4, atau lebih, dan ada juga yang menyatakan tiada.
  • Naga yang bersayap kebiasaanya hanya digambarkan di kebudayaan eropah.
  • Ada pernyataan yang menyatakan naga mempunyai sepasang mata kuning atau merah.
  • Dan yang paling menarik adalah naga dikatakan boleh menunaikan hajat seseorang dan NAGA AMAT BENCI KEPADA CERMIN... ????
Tentang kesahihan akan kewujudan naga ini adalah sangat tidak jelas. Naga-naga ini biasanya digambarkan dalam kesusasteraan mengikut kreativiti sasterawan dan bersesuaian dengan hasil karya mereka.

Lagenda Naga Jepun, Ryu

Lagenda Naga China, Long

Lagenda makhluk mitos ini bukan saja ada kat tempat atau di negara luar, tapi di negara kita pun ada jugak. Mesti korang penah dengarkan citer pasal lagenda naga kat tasik chini. Mengikut lagenda orang asli kat kawasan tu naga kat situ dikenali dengan nama "Naga Seri Gumum". Mereka juga ada menyatakan bahawa di dasar tasik chini ada sebuah bandar yang sudah lama tenggelam dikenali "bandar khmer" yang menjadi jagaan naga tu.

Apa pendapat korang? agak-agak naga ni betul-betul wujud ke atau semata-mata mitos untuk dijadikan sumber hiburan semata-mata.


^_____________^

About this blog

Followers