Showing posts with label Series. Show all posts
Showing posts with label Series. Show all posts

-Siri "SuperNatural" - Semakin Hangat Semakin Tahyul -

Iyahh... Opsss... Salam...
Ini dia Siri citer omputih yang paling best bagi sayalah. Mengisahkan dua beradik iaitu Dean & Sam Windchester (Pendada Angin?? Gile gempak nama family diorang nih) yang kerja diorang ni satu jer iaitu memburu hantu, jin, setan dan yang seangkatan denganya. Gila hebat bunyinya kan. Setakat ni citer nih dah sampai "season" 4 dan "season" 4 ni dah berakhir hampir sebulan dah.

Dean & Sam Windchester

Pada awal permulaan citer nih, dua beradik ni keje die "hunt" hantu ngan "spirit" jahat jer. Pastu diorang meningkat ke satu tahap dengan memburu Setan Otai yang dikenali dengan nama gelarannya "Yellow Eyed Demon" yang dikeluarkan wataknya di akhir "season" 1 kalu x silap lah.
"Yellow Eyed Demon"

Diakhir "season" 2 setan mata kuning ni "mati".... kene tembak dengan pistol pembunuh setan yang dikenali "the colt"... ye tidak je diorang nih... dan "season" nih berakhir dengan terbukanya pintu neraka dan banyak lagi setan-setan otai yg keluar seperti "seven deadly sins" dan "Lilith".

"Demon Ruby" - Setan yang kononnya nak jadi baik... WTF!!!!!

Lilith - Setan yang menggantikan "Yellow Eyed Demon" - Dalam "form" budak Kecik

Masuk "season" 3 lak. Dalam 2 atau 3 episod sblm episod akhir dalam "season" 2, Dean ada wat perjanjian ngan setan untuk hidupkan balik adik dia, Sam. Dan dalam perjanjian tu Dean akan mati dalam masa setahun... amik kau... Jadi diakhir Season 3, Dean pun mati pastu masuk NERAKA... amik ubat...

Lilith - Setan yang menggantikan "Yellow Eyed Demon" - Dalam "form" awek

Haa.. dalam "season 4" nih... lagi lah tahyul nyer citer nih... tp tu yg best tu... ekekeke... Dean dikeluarkan dari Neraka oleh Malaikat name die "Castielle" ke ape dah... Selamba jer kuarkan orang dari Neraka... pastu dua beradik ni jumpa pulak sorang mamat nih yang mana mamat nih "prophet" pulak.... haaa tu dia... dah macam2 dah kuar... tp yg paling bestnyer di akhir "season" nih... ketua setan pula kuar.. nama dia... "LUCIFER".... sudah apa nak jadi lak pasnih.... Setan kuar dah... Malaikat kuar jugak dah... Pastu "prophet" pulak... Kuar Pulak Ketua Setan... Pasni ape pulak?? Ketua Malaikat??? entah lahh...

"Angel Castielle" - Malaikat yang kuarkan Dean dari Neraka... $#!%

"Fallen Angel" - Malaikat yang lari dari "Heaven" - Bodo die nih...

"Prophet" - Entahlaa... Muka lemah jer...
Komen saya.... Citer ni menarik.. Jalan Citer die Mantap... Karakter die pun best... Tapi bagi mana2 muslim yg tgk citer ni jgn tepengaruh sudah...


^____________^

Role Playing Adventure : Lone Wolf Series

Salam kepada pengunjung,


Untuk post rasmi saya yang pertama, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang karya penulisan "joe dever" penulis kegemaran saya iaitu "lone wolf". Kali pertama saya baca buku ni adalah masa saya berumur 13 tahun, dalam 12 tahun yang lepas dan buku pertama beliau yang saya baca adalah "lone wolf: lari dari kegelapan". Untuk pengetahuan semua buku ini adalah berbentuk "game book" dan mempunyai siri sehingga ke siri 28 sekarang. Buku ini juga diterbitkan dalam pelbagai bahasa, dan Bahasa Malaysia adalah salah satu bahasa daripadanya. Dalam versi asalnya buku ini bertajuk "flight from the dark"

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang berasal daripada golongan sami yang mana di dalam buku ini ia dikenali sebarang golongan "kai". Pada awal permulaan buku ini, seorang lelaki sami muda yang bernama "silent wolf" telah didenda oleh organisasinya dan diperintah untuk masuk ke hutan mencari kayu api. Sepeninggalannya, perkampungan "kai" telah diserang oleh pihak "darklands" dan membunuh semua penduduk di perkampungan itu. Apabila dia pulang ke perkampungannya dia dapati perkampungan itu telah musnah dan tiada sesiapa pun yang terselamat. Dengan perasaan dendam, dia telah menukar namanya kepada "lone wolf" dan keluar mengembara menuju ke "holmgard" untuk memberi perkabaran kepada "king Ulnar" tentang kejadian yang telah menimpa kaum "kai".

Sehingga kini "Joe Dever" telah menulis hingga ke siri yang ke 28, dan siri yang ke 29 bertajuk "The storms of Chai" akan diterbitkan pertengahan tahun 2009 ini. Antara lain siri-siri buku ini adalah,

Siri ke dua - Lone Wolf : Fire on The Water

Siri ke lima - Lone Wolf : Shadow on The Sand

Siri ke tujuh - Lone Wolf : Castle Death

Siri ke sebelas - Lone Wolf : The Prisoner of time

Siri ke dua puluh - Lone Wolf : The Curse of Naar

Siri cerita ini amat menakjubkan dan penuh dengan pengembaraan yang penuh dengan perkara luar biasa dan ajaib. Jadi pada siapa-siapa yang minat kepada cabaran, siri ini mampu membawa pembaca mengikuti pengembaraan ini kerana dalam siri ini pembaca itu sendiri akan memegang watak sebagai "lone wolf". Jadi saya amat meng"rekemen"lah pada pembaca-pembaca novel di luar sana untuk membaca siri ini. Mesti "korang" akan teruja dengan siri ini. ekekekeke...

^___________^

About this blog

Followers